Penggunaan My50 Tidak Lagi Akan Terhad Kepada MyKad Menjelang Tahun 2025

TechnologyDigital
11 Nov 2024 • 4:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

My50 adalah pas penggunaan pengangkutan awam LRT, MRT, Monorel, BRT dan bas RapidKL untuk 30 hari secara tanpa had. Sehingga hari ini sudah ada sekitar 220,000 pengguna aktif bulanan berbanding pada tahu 2019 yang hanya mempunyai 98,000 sahaja. Penggunaan pas ini terhad kepada MyKad dan menjelang tahun 2025, semua ini akan berubah.

image is not available

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ramai pengguna melaporkan mereka risau untuk mengeluarkan MyKad setiap kali ingin menggunakan pengangkutan awam. Oleh yang demikian, demi meneruskan misi merevolusikan sistem digital pengangkutan awam negara – penggunaan My50 akan dikembangkan kepada telefon pintar, imbasan kod QR dan juga kad Touch ‘n Go.

image is not available

Ini bermakna, pengguna turut tidak lagi terhad membeli pas My50 dengan menggunakan tunai atau terus tolak baki TnG di dalam MyKad. Penggunaan MyKad dikenakan kerana ingin mengehadkan pembelian My50 kepada rakyat Malaysia sahaja. Namun untuk kaedah baharu ini, masih tidak jelas sama ada adakah ia akan terbuka kepada semua atau akan kekal kepada rakyat sahaja. Apa-apa pun, ketika laporan ini ditulis masih tiada sebarang tarikh tetap bila kaedah alternatif penggunaan My50 akan diperkenalkan pada tahun 2025, sama-sama kita nantikan.