Penggunaan SARA capai 99.7% dengan transaksi RM5.2 bilion setakat September 2026 - Kementerian Kewangan

LocalBusiness & Finance
20 Oct 2026 • 9:57 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Penggunaan SARA capai 99.7% dengan transaksi RM5.2 bilion setakat September 2026 - Kementerian Kewangan Image from: Penggunaan SARA capai 99.7% dengan transaksi RM5.2 bilion setakat September 2026 - Kementerian Kewangan liza20/10/2026 - 09:57 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Okt – Hampir RM11 bilion daripada peruntukan RM15 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) telah disalurkan kepada penerima yang layak setakat September 2026 dengan bantuan Sara bulanan merekodkan kadar penggunaan 99.7%.

 

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, kadar penggunaan itu disokong nilai transaksi berjumlah RM5.2 bilion, menunjukkan sebahagian besar bantuan Sara bulanan telah digunakan oleh penerima setakat tempoh berkenaan.

 

Bagi program Sara Untuk Semua pula, lebih 20 juta rakyat telah membuat pembelian, bersamaan 90% daripada keseluruhan penerima, dengan nilai transaksi dalam pasaran tempatan mencecah hampir RM1.9 bilion.

 

RM3.6 bilion disalur menerusi STR

Dalam perkembangan berkaitan, MOF memaklumkan sebanyak RM3.6 bilion telah disalurkan kepada penerima STR menerusi tiga fasa pembayaran setakat September lalu.

 

“Kerajaan memperuntukkan RM15 bilion bagi pelaksanaan STR dan Sara sepanjang 2026 dengan tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah serta komuniti rentan.

 

“Hampir sembilan juta rakyat layak menerima Sara setiap bulan tahun ini, manakala STR diagihkan setiap suku tahun kepada isi rumah dan warga emas yang memenuhi syarat kelayakan,” katanya.

 

Perkara itu dinyatakan bagi menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mengenai keberkesanan peruntukan RM15 bilion bagi STR dan Sara berdasarkan perbelanjaan keperluan asas serta pengagihannya kepada rakyat berpendapatan rendah menerusi jawapan bertulis Parlimen.

 

Keberkesanan bantuan dinilai berdasarkan penggunaan

MOF berkata, keberkesanan kedua-dua skim bantuan itu dinilai berdasarkan beberapa aspek, termasuk jumlah penerima yang diliputi, tahap penggunaan bantuan, ketepatan sasaran serta keupayaan bantuan memenuhi keperluan asas.

 

Penilaian itu penting bagi melihat sejauh mana peruntukan kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran dan digunakan untuk tujuan yang ditetapkan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved