Penghantaran Telefon Pintar Asia Tenggara Susut 23% Q2 2026 – Oppo Kuasai Pasaran Malaysia

LocalTechnology
28 Aug 2026 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penghantaran Telefon Pintar Asia Tenggara Susut 23% Q2 2026 – Oppo Kuasai Pasaran Malaysia

Laporan terkini Omdia menunjukkan pasaran telefon pintar di Asia Tenggara terus berdepan dengan tekanan akibat inflasi. Pengeluaran telefon pintar pada Q2 2026 susut 23% berbanding Q2 2025 dengan ia di tahap paling rendah sejak 2014.

Walaupun jumlah penghantaran menurun, pasaran kekal stabil kerana pengguna semakin cenderung memilih model berprestasi tinggi. Peningkatan harga purata jualan turut membantu menampung penurunan unit.

Image from: Penghantaran Telefon Pintar Asia Tenggara Susut 23% Q2 2026 – Oppo Kuasai Pasaran Malaysia

Data dikongsi memperlihatkan perubahan ketara dalam corak pembelian pengguna dengan dominasi jenama berbeza mengikut negara. Di Malaysia dan Thailand, Oppo mengekalkan kedudukan teratas dengan pegangan 19% dan 20% pasaran. Angka ini merangkumi peranti Realme, namun tidak termasuk OnePlus.

Di Vietnam, Samsung terus mendominasi dengan 28% bahagian pasaran. Sementara itu, Xiaomi menunjukkan prestasi konsisten apabila berada dalam kelompok tiga teratas di hampir semua negara termasuk Malaysia.

Image from: Penghantaran Telefon Pintar Asia Tenggara Susut 23% Q2 2026 – Oppo Kuasai Pasaran Malaysia

Transsion yang sinonim dengan telefon mampu milik muncul sebagai pemain utama di Indonesia (26%) dan Filipina (33%). Dominasi ini menunjukkan kemunculan pengeluar baharu dalam pasaran Asia. Namun begitu, kebergantungan kepada segmen bajet menjadikan kedua-dua negara lebih terdedah kepada kesan inflasi dan penurunan permintaan. Kekuatan Transsion menembusi pasaran besar diakui tetapi cabaran perlu diurus dengan baik untuk mengekalkan momentum jangka panjang.

Image from: Penghantaran Telefon Pintar Asia Tenggara Susut 23% Q2 2026 – Oppo Kuasai Pasaran Malaysia
Oppo Reno16 5G

Apple mengekalkan kedudukan kukuh di Vietnam dan Thailand, manakala pengaruhnya lebih sederhana di Malaysia. Pasaran Malaysia dilihat lebih cenderung kepada jenama-jenama Android yang menawarkan pilihan lebih luas dalam segmen pertengahan. Keadaan ini mencerminkan realiti pasaran ini yang menilai keseimbangan antara harga dan fungsi bukan semata-mata faktor jenama.

Kesimpulannya, setiap negara memperlihatkan corak pasaran yang berbeza. Omdia menjangkakan penghantaran telefon pintar di Asia Tenggara akan terus merosot sehingga hujung tahun dengan penurunan tahunan sekitar 25% khususnya di negara yang bergantung kepada telefon bajet.

Sumber – Omdia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved