Pengorbanan ibu! Tular 6.5 juta, mata merah menyala lepas bersalin, wanita ini pecah pembuluh darah gara-gara tersilap meneran

LocalFamily & Parenting
22 Apr 2026 • 1:41 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Pengorbanan ibu! Tular 6.5 juta, mata merah menyala lepas bersalin, wanita ini pecah pembuluh darah gara-gara tersilap meneran

MELAHIRKAN zuriat tercinta adalah pengorbanan terbesar seorang ibu. Sanggup menempuh apa jua dugaan demi membawa cahaya mata ke dunia, seorang ibu mengalami keadaan 'mengerikan' pecah pembuluh darah pada kedua belah mata!

Wanita dikenali sebagai Olivia Passya berkongsi pengalaman peribadinya selepas selamat melahirkan cahaya mata pada 12 April lalu. 

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik video menunjukkan keadaan matanya yang kelihatan merah walaupun sudah lima hari bersalin.

Menerusi rakaman tersebut, Olivia menitiskan air mata menerangkan situasi ketika meneran membuatkan bola matanya merah berdarah.

Tidak hanya itu, bahagian kelopak mata juga kelihatan lebam.

"Ini semua kerana memejamkan mata ketika meneran. Sebenarnya tidak boleh pejam.

"Melahirkan itu sakit. Kalau anda melihat mataku menyeramkan, saya ok sahaja.

"Saya tetap mampu melakukan aktiviti seperti biasa, malah hari kedua selepas bersalin saya sudah menaiki tangga," katanya yang menunggu enam tahun untuk menimang cahaya mata.

Biarpun merah bak biji saga, Olivia menafikan ia menyakitkan dan memaklumkan kondisinya yang baik-baik sahaja.

"Ini sama sekali tidak menyakitkan atau rasa janggal. Hanya warnanya sahaja bermasalah.

Image from: Pengorbanan ibu! Tular 6.5 juta, mata merah menyala lepas bersalin, wanita ini pecah pembuluh darah gara-gara tersilap meneran

"Saya tetap mampu melihat seperti biasa dan tahap rabunnya sama, 250. Apabila memakai cermin mata, rasanya seperti sebelum ini," kongsinya menerusi video yang tular hingga meraih 6.5 juta tontonan itu.

Sementara itu, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Affendy Gunawan pernah menjelaskan keadaan itu dihadapi oleh kira-kira 10 peratus ibu-ibu yang melahirkan anak. 

Artikel penuh: 

Keadaan dikenali sebagai Subconjunctival Hemorrhage atau pendarahan subkonjungtiva itu berlaku apabila pembuluh darah halus pada permukaan mata pecah akibat tekanan tinggi semasa proses meneran dalam kelahiran normal.

"Tindakan memejam mata ketika meneran membuatkan tekanan pada mata meningkat dan menyebabkan pembuluh darah pecah.

"Terjadilah keadaan dinamakan Subconjunctivital hemorrhage," kongsinya.

Dalam pada itu, menurut Dr Affendy kondisi itu akan pulih dan mata ibu akan kembali kepada keadaan normal.

"Biasanya keluhan pesakit ialah mata merah tanpa adanya gejala lain dan akan hilang sendiri.

"Ia boleh dicegah dengann cara ibu-ibu melakukan teknik meneran dengan betul," katanya.

Sumber: Instagram 1, 2