
Gelagat seorang wanita mendukung anak sambil membawa tiga bekas makanan ke tempat duduknya ketika perlawanan besbol mencuri perhatian selepas lelaki yang duduk bersebelahannya dilihat terus makan sebaik sahaja menerima makanan itu.
Kejadian dirakam ketika perlawanan antara San Francisco Giants dan Minnesota Twins di Oracle Park, Amerika Syarikat, pada Selasa lalu. Wanita yang memakai topi itu dilihat melalui deretan kerusi dengan anak kecil dalam gendongan di hadapannya, beg di belakang badan dan bekas makanan di tangan.
Rakaman itu turut menunjukkan sepasang warga emas bangun untuk memberi laluan kepada wanita berkenaan ketika dia melalui deretan kerusi sambil menggendong anak dan membawa makanan.
Mom with the baby in the holder went to get food at the concession stand while dad stayed back and watched the game. Not only that, dad didn’t even let her get settle before he started to eat. I’m also convinced he was probably about to start complaining about how his food is… pic.twitter.com/sgK5M2TljV
Baca juga:
Ireland benam Israel 3-0, enggan berjabat tangan sebelum aksi- Pengulas ‘alih perhatian’, gelagat wanita dukung anak bawa makanan curi tumpuan
Batu tempat Mohamed Salah bergambar kini jadi tarikan pelancong
Pengulas siaran, Mike Krukow dan Duane Kuiper, turut menyedari keadaan itu. Mereka memuji keupayaan wanita berkenaan menguruskan anak dan makanan serentak, malah Krukow menggelarnya sebagai ‘ibu terbaik tahun ini’.
Rakaman kemudian menunjukkan lelaki yang duduk di sebelah wanita itu mula makan ketika wanita berkenaan masih menguruskan anak dan begnya. Klip siaran tersebut dikongsi semula di media sosial lalu mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk kritikan terhadap lelaki itu kerana dilihat tidak membantu ketika wanita berkenaan kembali ke tempat duduk.
The post Pengulas ‘alih perhatian’, gelagat wanita dukung anak bawa makanan curi tumpuan appeared first on The Reporter.

![[VIDEO] Sibuk selamatkan dunia, mengaji tidak tinggal](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/superman-tular-viral-1024x826.jpeg)




