
PETALING JAYA – “Macam mana nak cakap dekat member eh, turun futsal jangan bawa girlfriend (teman wanita)? Masing-masing naik ‘isim’ macam main EPL.”
Itu luahan seorang pengguna yang dipercayai ‘geram’ melihat gelagat rakan-rakannya ketika bermain futsal pada hari mereka membawa teman wanita bersama.
Menurutnya, kehadiran teman wanita ketika sesi futsal menyebabkan rakan-rakannya tiba-tiba ‘bertukar watak’ seolah-olah sedang beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Hantaran lucu pengguna dengan nama akaun @Karipap_sardin110 di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya itu.
“Aku tadi main badminton, dia lawan aku yang cacat tangan sebelah ni macam aku ni Lee Chong Wei,” komen @Ell.izzatiy.
“Sejak dulu lagi kalau bawa awek ke futsal, masing-masing akan jadi Cristiano Ronaldo. Mujur aku tak pandai main jadi pengadil je lah tengok kawan-kawan main,” kongsi @Shahrilrusli.
“Kadang-kadang lelaki ni kita tahu dah dia nak menunjuk. Mesti hari sebelum tu kawan yang lain bawa teman wanita, esoknya dia pun nak juga,” ujar @Velyxa_sagitarius. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Lelaki pergi futsal bawa girlfriend, terus naik isim macam main EPL’ appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] ‘Pukul 3 pagi, telefon meletup, terbakar’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/8fb1d31e-1875-42c9-a55b-6a13572af6e8-1024x768.jpeg)


