‘Pengumuman projek baharu tidak dibenarkan selepas tarikh penamaan calon’ – PM

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 3:08 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Perdana Menteri menjelaskan larangan pengumuman projek baharu menggunakan jentera kerajaan semasa tempoh kempen pilihan raya.

Kerajaan menegaskan larangan mengumumkan peruntukan, projek atau dasar baharu selepas tarikh penamaan calon kekal berkuat kuasa bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung secara adil dan mematuhi undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara itu ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) di Dewan Rakyat yang meminta penjelasan sama ada larangan pengumuman peruntukan atau projek kerajaan selepas penamaan calon masih terpakai, selain mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, dasar kerajaan kekal tidak berubah, iaitu sebaik sahaja tarikh penamaan calon diumumkan, kempen pilihan raya boleh diteruskan, namun tiada sebarang pengumuman atau jaminan projek baharu serta dasar baharu boleh dibuat di negeri yang terlibat.

Baca juga:

Menurut beliau, ketetapan itu selaras dengan Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) dan telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, larangan tersebut melibatkan perbelanjaan atau komitmen baharu, manakala projek yang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan boleh diteruskan mengikut peraturan.

“Ada isu yang dibangkitkan kerana projek diteruskan. Mengikut peraturan, perkara itu memang dibolehkan. Penerusan projek sedia ada adalah dibenarkan, tetapi tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk mengumumkan projek baharu sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Beliau turut menegaskan larangan itu terpakai kepada semua peringkat pentadbiran, termasuk pihak berkuasa bandar raya, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

The post ‘Pengumuman projek baharu tidak dibenarkan selepas tarikh penamaan calon’ – PM appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved