
IPOH – Pengundi terutama atas pagar tidak mudah diyakinkan dengan slogan semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat kestabilan sosial yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kos sara hidup yang terkawal, peluang pekerjaan, pendidikan untuk anak-anak, keselamatan, kemudahan kesihatan dan pentadbiran tempatan yang berfungsi dengan baik serta berkesan.
“Mereka mahu wakil rakyat yang dapat ditemui, bukan muncul semasa pilihan raya hampir tiba.
“Pengundi mahu sebuah kerajaan yang tidak terlalu sibuk berkonflik, tetapi fokus menyelesaikan masalah. Inilah medan sebenar. Kita tidak boleh hanya bertanya apa yang rakyat boleh lakukan untuk parti, sebaliknya memikirkan apa yang parti boleh lakukan untuk rakyat,” katanya berucap pada Bengkel Latihan Pilihan Raya Negeri Perak di sini hari ini. Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Katanya, cabaran terbesar politik negara ialah mengenai kerjasama dan persaingan politik. – KOSMO! ONLINE
The post Pengundi atas pagar sukar diyakinkan dengan slogan appeared first on Kosmo Digital.





