Pengurus projek ditahan, disyaki terima rasuah RM38,000

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 4:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengurus projek ditahan, disyaki terima rasuah RM38,000
Suspek (kiri) dikawal anggota SPRM ketika keluar dari lokap mahkamah selepas selesai mengambil perintah reman. Foto: SPRM

KOTA BHARU – Seorang pengurus projek sebuah syarikat pembinaan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM38,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek bekalan air luar bandar di negeri ini.

Perintah reman berkuat kuasa Selasa sehingga Isnin minggu depan itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 1 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor sebagai balasan membantu mendapatkan projek bekalan air luar bandar secara rundingan terus daripada sebuah kementerian.

“Perbuatan itu disyaki dilakukan pada tahun 2022.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara tunai selain melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya serta beberapa akaun pihak ketiga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved