Disyaki minta rasuah, pengurus projek direman SPRM

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 4:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Disyaki minta rasuah, pengurus projek direman SPRM

KOTA BHARU: Seorang pengurus projek sebuah syarikat pembinaan ditahan reman tujuh hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM38,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat kontraktor memperoleh projek bekalan air luar bandar di negeri ini melalui rundingan terus daripada sebuah kementerian

Perintah reman ke atas suspek berusia 40-an sehingga 10 Ogos itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2022 dengan menerima wang rasuah secara tunai serta melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya dan beberapa akaun pihak ketiga.

“Suspek disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM38,000 daripada sebuah syarikat kontraktor sebagai balasan membantu mendapatkan projek bekalan air luar bandar di negeri ini secara rundingan terus daripada sebuah kementerian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

 

The post Disyaki minta rasuah, pengurus projek direman SPRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved