RCI TH: Pengarah syarikat direman disyaki beri rasuah nilai RM300,000

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 4:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI TH: Pengarah syarikat direman disyaki beri rasuah nilai RM300,000

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat reka bentuk direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) badan berkanun bernilai kira-kira RM300,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek-projek ubah suai di badan berkanun tersebut.

Perintah reman selama dua hari sehingga 5 Ogos 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan pukul 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2014 hingga 2018.

“Suspek dipercayai telah memberi rasuah dalam bentuk pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO tersebut yang jumlah keseluruhannya bernilai kira-kira RM300,000,” katanya.

Tahanan reman ini adalah susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai 2026.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

The post RCI TH: Pengarah syarikat direman disyaki beri rasuah nilai RM300,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved