Pengurus Rumah Anak Yatim Disyaki Kurung & Beri Makanan Rosak kepada Penghuni

10 Apr 2025 • 12:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Pendedahan yang dibuat oleh akaun Malaysia Fight League (MFL) berkenaan tindakan pengurus rumah anak yatim disyaki kurung dan memberi makanan rosak kepada penghuni telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dibuat, akaun tersebut memaklumkan yang mereka datang ke rumah kebajikan berkenaan untuk memberikan sumbangan serta menyantuni anak-anak yatim di sana bagi memberikan hadiah kepada mereka.

image is not available

Pengurus rumah anak yatim tak beri penderma jumpa penghuni

Terbabit, hanya sebahagian sahaja kanak-kanak yang menemui mereka dan dinyatakan selebihnya lagi berada di tingkat atas kediaman tersebut.

Selepas digesa untuk bertemu, pihak Malaysia Fight League terkejut apabila anak-anak yatim disana dikurung dengan alasan mereka berkelakuan nakal.

image is not available

Pengurus rumah anak yatim didakwa beri makanan dah nak rosak

Tertanya-tanya dengan apa yang terjadi sebenarnya di rumah berkenaan, pihak Malaysia Fight League telah bertanyakan terus kepada penghuni di sana dan mereka mengakui turut diberi makan makanan yang hampir rosak.

Ada juga dakwaan mengatakan pihak rumah kebajikan tersebut menyekat bantuan yang diberi kepada penghuni dan hanya membenarkan penderma meninggalkan barang sumbangan di sana tanpa bertemu dengan pihak pengurusan ataupun anak-anak yatim.

image is not available

Laporan sudah dibuat, tapi…

MFL telah menyatakan telah membuat laporan berhubung perkara itu namun belum ada sebarang tindakan diambil dan meminta agar mana-mana pihak yang boleh membantu tampil menghubungi mereka demi kebajikan anak-anak tersebut

“Kami dah buat laporan, tapi masih tiada tindakan.

Jika anda kenal sesiapa yang boleh bantu, tolong hubungi kami.

Anak-anak ini perlukan bantuan anda,” ujarnya.

Jelasnya lagi, mereka sedar apa yang terjadi tidak ada kena mengena dengan sukan mahupun perlawanan melibatkan mereka namun bertanggungjawab terhadap apa yang dilihat dan menggunakan platform yang ada untuk menyuarakan isu besar seperti ini.

Sumber: Instagram Malaysia Fight League