Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Isu panas yang membabitkan artis popular, Zarif Ghazzi di media sosial sejak beberapa hari lalu akhirnya mendapat maklum balas rasmi daripada pihak pengurusan.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pihak pengurusan Zarif Ghazzi mengambil maklum serta memandang serius segala dakwaan dan perbincangan hangat yang sedang hangat diperkatakan umum.
Pihak pengurusan dengan tegas menafikan sebarang bentuk dakwaan salah laku yang dikaitkan atau ditafsirkan sebagai merujuk kepada artis di bawah jagaan mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Artikel berkaitan: “Komen dah macam tak ada maruah, nafsu macam arnab” – Puteri Balqis Hentam Netizen Isu Pelakon Lelaki?
Artikel berkaitan: Terlibat Kes D*dah, Pelakon Gerak Khas 2.0 Mohon Maaf Kepada Datuk Yusof Haslam
View this post on Instagram
“Zarif Ghazzi sentiasa berpegang kepada konsep profesionalisme, integriti dan sentiasa hormat dalam setiap urusan beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni hiburan,” jelas kenyataan itu.
Berikutan isu tular berkenaan, satu laporan polis telah rasmi dibuat, manakala wakil peguam turut dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti sebarang tindakan perundangan yang bersesuaian.
Dalam pada itu, pihak pengurusan turut menyeru orang ramai dan pihak media agar menghentikan penularan maklumat yang belum disahkan serta tidak membuat sebarang spekulasi liar.
“Buat masa ini, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan saluran perundangan yang sewajarnya. Sehubungan itu, pihak kami tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara yang masih dalam penelitian,” tambahnya.
Sementara itu, pengurus kepada artis berkenaan, Faiz Aizat menerusi hantaran di laman sosial turut berkongsi rasa berhubung isu tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan rasmi yang dikeluarkan itu mewakili pendirian pihak mereka sepenuhnya.
Sumber: Instagram
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





