Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Tular, Sudah Lapor Polis & Lantik Peguam

Entertainment
18 Nov 2026 • 1:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Tular, Sudah Lapor Polis & Lantik Peguam

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini pelakon wanita, Puteri Balqis telah memuat naik hantaran di Instagram mendakwa ada pelakon lelaki yang cuba bergesel serta berlaga dengannya di set pengambaran tanpa sebab.

Susulan daripada hantaran itu, orang ramai kemudiannya mengaitkan hantaran berkenaan dengan seorang pelakon yang sedang membina nama, Zarif Ghazzi yang juga secara kebetulan bergandingan dengan aktres terbabit dalam drama ‘Dua Nyawa’ terbitan iQIYI.

Zarif Ghazzi nafi dakwaan terhadap dirinya, pihak pengurusan pandang serius atas itu berkenaan

Terbaharu Zarif Ghazzi menafikan dakwaan tersebut selain turut membuat laporan polis berhubung hal itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurus kepada aktor terbabit, Faiz Aizat menerusi satu kenyataan media di Threads.

Menerusi kenyataan itu, pihak pengurusan Zarif Ghazzi menjelaskan pihaknya mengambil maklum serta memandang serius terhadap isu dan dakwaan yang sedang diperkatakan membabitkan artis di bawah pengurusan mereka.

Zarif Ghazzi sudah lapor polis dan lantik peguam

Selain itu, pihak mereka turut melantik peguam untuk nasihat dan juga bagi meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian.

“Untuk makluman, Zarif Ghazzi dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau yang mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarnag bentuk innnuendo.

“Zarif Ghazzi sentiasa berpegang kepada konsep profesionalisme, integriti dan sentiasa hormat dalam setiap urusan beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni hiburan.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam telah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian,” ujarnya.

Pihak pengurusan aktor itu turut menyeru semua pihak termasuklah media serta masyarakat untuk tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau melakukan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi mana-mana individu yang terbabit.

Serah isu ini kepada pihak berkuasa

“Buat masa ini, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan saluran perundangan yang sewajarnya. Sehubungan itu, pihak kami tidak akan mengulas lanjut mengena perkara yang masih dalam penelitian.

“Kami menghargai perhatian ddan sokongan semua pihak serta berharap agar proses sewajarnya diberikan ruang untuk berjalan secara adil dan profesional,” katanya lagi.

View on Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved