Peniaga Bazar Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Harga Juadah Naik, Netizen Kata Nak Boikot

Entertainment
13 Mar 2024 • 11:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan perkara baharu isu kenaikan harga juadah di bazar Ramadan kerana setiap tahun ada sahaja keluhan yang kita dengar daripada pengunjung.

Menerusi laporan Berita Harian yang membuat tinjauan di sekitar bazar pada hari pertama puasa, didapati peniaga telah menaikkan harga jualan.

Ujar peniaga, mereka terpaksa menaikkan harga juadah yang dijual sekitar RM1 sehingga RM2 disebabkan kenaikan kos bahan mentah.

Bagi seorang peniaga martabak di bazar Ramadan TTDI, dia memberitahu terpaksa menaikkan harga martabak daripada RM5 kepada RM7.

image is not available

Sementara itu, peniaga roti John pula berkata kenaikan harga sos cili, sos lada hitam dan juga daging menyebabkan harga Roti John mempunyai sedikit perbezaan berbanding sebelum ini.

Justeru, peniaga mendakwa mereka tiada pilihan dan memohon maaf kerana menaikkan harga jualan.

Netizen dakwa nak boikot?

Laporan itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-rata pengguna mempersoalkan sentimen harga yang sering dimainkan oleh peniaga bazar setiap tahun.

Menurut netizen, tidak semua harga bahan mentah naik ketika ini namun tetap para peniaga menaikkan harga setiap tahun.

Susulan itu, ramai yang mendakwa mahu memboikot peniaga bazar supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka.

Pun begitu, ada juga yang mengatakan segelintir peniaga terpaksa menaikkan harga kerana berdepan sewaan tapak bazar Ramadan yang tinggi.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Namun, peniaga juga perlu lebih bertimbang rasa dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata dengan mengambil kesempatan menekan pengguna.

Di tempat korang harga juadah naik harga tak?

Sumber: Berita Harian, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.