Peniaga Konon Jual ‘Adik’ Harumanis Diserbu Pegawai FAMA Perlis, Ramai Puas Hati [Video]

LocalPolitics
10 Mar 2025 • 11:30 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Buat peminat buah-buahan tempatan, pasti dah biasa dengar tentang mangga Harumanis.

Manakan tidak, buah yang hanya boleh didapati di Perlis itu sering mendapat permintaan dek kerana rasanya yang manis, tekstur yang lembut serta baunya yang begitu harum meskipun harga jualannya agak mahal.

Malah, Harumanis juga dianggap antara kumpulan buah-buahan tempatan yang eksklusif kerana sukar untuk didapati dan kebiasaannya hanya berbuah setahun sekali.

Namun, ada segelintir peniaga yang dilihat menggunakan nama Harumanis bagi melariskan produk jualan buah mereka walaupun hakikatnya ia bukanlah dari kumpulan buah berkenaan.

Peniaga Dakwa Kononnya Jual ‘Adik’ Harumanis

Terbaharu, tular di TikTok beberapa orang pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah datang ke sebuah gerai buah tepi jalan di Perlis.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @famaperlis, gerai berkenaan dilihat menjual buah mangga yang terdiri daripada pelbagai jenis.

Apa yang menjadi perhatian adalah peniaga wanita tersebut mendakwa salah sebuah buah mempelam yang dijual merupakan ‘adik’ kepada buah Harumanis.

Ini kerana dakwanya buah mangga berkenaan telah dikacukkan dengan Harumanis yang original manakala, buah lain yang dijual pula adalah mangga kemboja atau dikenali sebagai ‘Harumanis Siam’.

Satu Kesalahan Jika Guna Nama Harumanis

Walau bagaimanapun, kenyataan peniaga wanita itu disangkal oleh pegawai FAMA berkenaan.

Jelas pegawai FAMA berkenaan, adalah menjadi satu kesalahan menggunakan nama Harumanis pada buah yang bukan dari kumpulannya.

“Macam ini kak, adalah menjadi satu kesalahan bila kita meletakkan satu nama pada yang bukan variety dia.

“Kita nampak ada istilah penipuan di situ. Orang luar dia tak tahu apa kriteria Harumanis yang sebenar,” kata pegawai berkenaan.

Terangnya lagi, tindakan peniaga terbabit boleh memberikan imej buruk kepada industri pelancongan di Perlis khususnya Harumanis.

Malah, pegawai berkenaan turut memaklumkan bahawa kedatangannya ke gerai itu ekoran aduan daripada pengguna yang melaporkan terdapat unsur penipuan.

“Kami nak perbetulkan balik, nak bagi nasihat, kalau boleh kak (peniaga) jangan pakai Harumanis Perlis tu eh, kalau boleh kak tengok balik apa nama asal dia (buah),” nasihat pegawai berkenaan.

Pada masa yang sama, pegawai FAMA terbabit turut memberi bunting bertajuk ‘Kenali Harumanis’ bagi rujukan pengguna sebelum membuat pembelian.

@famaperlis

Adik Harumanis?? Hati-Hati ye pengguna di luar sana yang ingin membeli Harumanis! #MalaysiaMADANI #KPKMMalaysia #TeamKPKM #JikaTergangguKamiAda #CukupdanTerjamin #FAMAdiHatiRakyat #FAMANegeriPerlis #harumanis @Jabatan Perdana Menteri @Mohamad Sabu @Arthur Joseph Kurup @KPKM @Abdul Rashid Bahri @Anzara @FAMA.Malaysia @Bahagian Regulatori FAMA @Pasar Tani FAMA Perlis

♬ Lost Winter – SolaMusic

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puas Hati Dengan Tindakan Pegawai FAMA Serbu Gerai Kononnya Jual ‘Adik’ Harumanis

Video yang telah mendapat lebih 525,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang berpuas hati dengan tindakan pegawai tersebut yang ‘menerjah’ serta memberi nasihat kepada peniaga berkenaan yang kononnya menjual mangga daripada kumpulan Harumanis.

Mereka berpendapat tindakan sebegitu boleh mengelirukan pengguna lain khususnya pelancong dari luar Perlis.

Malah, ada yang mendakwa pernah membeli dari gerai berkenaan dengan harga jualan RM60 bagi tiga kilogram.

Pada masa yang sama, ada yang memuji  pegawai berkenaan kerana menjalankan pemantauan dan menggunakan cara yang baik serta bahasa sopan ketika menegur peniaga terbabit.

Info Tentang Buah Harumanis

Sekadar info, terdapat lima kriteria yang boleh dinilai jika anda hendak tahu adakah buah berkenaan adalah mangga Harumanis.

Lima ciri tersebut adalah seperti:

  1. Bentuk buah bujur dan bengkok sedikit di bahagian hujung
  2. Kulit buah berwarna hijau walaupun telah masak
  3. Isi tebal, berwarna oren, berjus, tekstur isinya halus dan mempunyai bau harum serta rasa yang manis.
  4. Saiz buah sederhana besar dengan berat antara 400 hingga 450 gram
  5. Kawasan penanaman utama adalah di Perlis dan Kedah.

Tahukan anda ciri-ciri mangga harumanis yang sebenar? 📣 Bentuk buah adalah bujur dan bengkok sedikit di bahagian…

Posted by FAMA Malaysia on Wednesday 14 April 2021

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Buah Mempelam Sala Dikata Harumanis, Aduh Mak Cik, Kesian Pembeli Yang Tak Tahu Apa-Apa Jenis Mempelam”

image is not available

“Elok Je Pegawai FAMA Tu Bercakap, Respect”

image is not available

“Dah Ada Adik Harumanis Pula Dah”

image is not available

“Terbaik FAMA Buat Pemantauan, Mengelak Kekeliruan”

image is not available

“Adik Harumanis Pun Ada Noh, Ingatkan Harumanis Anak Tunggal Je”

image is not available

Source: