PH Negeri Sembilan, pulangkan baki peruntukan atau kena tindakan – MB

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 4:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PH Negeri Sembilan, pulangkan baki peruntukan atau kena tindakan – MB

SEREMBAN – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) negeri ini perlu membuat bayaran balik peruntukan dalam tempoh 30 hari selepas notis berkaitan dikeluarkan semalam.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, jumlah yang perlu dipulangkan berbeza mengikut setiap ADUN dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan sekiranya bayaran tidak diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, ada (wakil rakyat, bekas Exco) yang sudah melangsaikan keseluruhan jumlah berkenaan, manakala urusan pemulangan bagi yang masih berbaki adalah berdasarkan surat yang dihantar kepada mereka.

“Pejabat Menteri Besar petang semalam (kelmarin) sudah keluarkan notis. Ada yang sudah pulangkan semua. Saya tidak boleh beritahu media (jumlah), mereka tahu.

“Bekas Menteri Besar juga sudah melangsaikan sepenuhnya bayaran balik,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 17 ADUN PH dan dua penyelaras DUN daripada kerajaan terdahulu dikehendaki memulangkan semula peruntukan yang diterima bagi tempoh Julai hingga September. – KOSMO! ONLINE

The post PH Negeri Sembilan, pulangkan baki peruntukan atau kena tindakan – MB appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved