Penjara, sebatan untuk warga Indo

LocalPolitics
28 Mar 2025 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Esther Glorie Leow

Kota Kinabalu: Seorang warga Indonesia dipenjara 10 bulan dan dikenakan sekali sebatan rotan kerana memasuki negeri ini secara haram dan masuk semula tanpa sebarang dokumen.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Ricky Yusup yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan dihadapinya.

Ricky ditahan oleh pegawai Imigresen di Kota Marudu pada 11 Februari tahun ini, jam 1.35 petang.

Bagi pertuduhan pertama, dia dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Bagi pertuduhan kedua, dia dihukum penjara enam bulan dan sekali sebatan rotan kerana masuk semula ke Sabah secara haram selepas diusir dari negeri ini pada 12 November 2024.

Kesalahan di bawah Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda maksimum RM10,000 dan sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Ricky memohon hukuman ringan dan dihantar pulang ke negara asal secepat mungkin.

Mahkamah memerintahkan Ricky menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

Pegawai Pendakwa Gresssia Yolanda Ismail Uvaraj dari Jabatan Imigresen mengendalikan pendakwaan.