Penjawat awam diarah ke penjara hari ini balasan cederakan bekas bini

19 Nov 2026 • 10:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjawat awam diarah ke penjara hari ini balasan cederakan bekas bini

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan seorang penjawat awam yang sebelum ini dibebaskan menjalani hukuman penjara tiga tahun bagi kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Azman Abdullah, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah mahkamah yang membebaskan Mohd Adnan Mat Isa, 52, daripada pertuduhan itu.

Mahkamah Rayuan yang menggantikan keputusan itu dengan sabitan bersalah, memerintahkan Mohd Adnan menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara, Hayatul Akmal berkata, hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam menilai keseluruhan keterangan mangsa.

“Kami mendapati keterangan mangsa yang ketika itu berusia 45 tahun semasa pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula adalah konsisten,” katanya.

Beliau berkata, kecederaan yang dialami mangsa disokong oleh laporan perubatan.

“Kami mendapati terdapat salah arah fakta dan undang-undang oleh hakim Mahkamah Sesyen dan hakim Mahkamah Tinggi,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohd Firdaus Zainal Abidin memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman ringan atas alasan Mohd Adnan bekerja sebagai pemandu selama 20 tahun dan pencari nafkah bagi keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya Azlina Mahmod, yang dibantu Mohamad Arif Aizuddin Masrom, pula berkata, isu keganasan rumah tangga kini berleluasa dan perlu ditangani dengan serius supaya orang lain tidak melakukan perbuatan itu walaupun terhadap bekas isteri.

Menurut fakta kes, insiden itu berlaku ketika mangsa bersama anak tiri dan bekas madunya, pergi ke pejabat biro bantuan guaman untuk mendapatkan nasihat mengenai harta sepencarian.-Bernama

The post Penjawat awam diarah ke penjara hari ini balasan cederakan bekas bini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved