Rezeki hujung tahun! Penjawat awam Johor terima bonus dua bulan setengah gaji

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 1:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Berita gembira buat penjawat awam negeri Johor apabila kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus sebanyak dua bulan setengah gaji sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen mereka dalam memacu pembangunan negeri.

Inisiatif akan disalurkan penghujung Disember

Pengumuman tersebut dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Khamis.

Menurut beliau, pemberian insentif khas itu turut melibatkan kakitangan awam Persekutuan yang menerima gaji daripada kerajaan negeri dan dijadualkan disalurkan pada penghujung Disember ini.

Onn Hafiz menyatakan penjawat awam merupakan tulang belakang pentadbiran kerajaan negeri yang memainkan peranan penting dalam memastikan segala perancangan dan agenda pembangunan Johor dapat dilaksanakan dengan lancar.

Bukan itu sahaja, kerajaan negeri turut mengumumkan Bantuan Kasih Johor sebanyak RM500 seorang kepada 145,648 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor.

Image from: Rezeki hujung tahun! Penjawat awam Johor terima bonus dua bulan setengah gaji

Rakam penghargaan buat Perdana Menteri

Bantuan tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan RM72.8 juta sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan penjawat awam Persekutuan dalam membantu memperkukuh pembangunan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Onn Hafiz turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM4.86 bilion yang disalurkan kepada Johor menerusi Rolling Plan Kedua 2027 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau menekankan kepentingan hubungan erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pembangunan Johor terus bergerak maju.

“Kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaaan persekutuan amat penting.
“Kerajaan negeej akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan momentum pembangunan Johor dapat diteruskan, seiring dengan usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Image from: Rezeki hujung tahun! Penjawat awam Johor terima bonus dua bulan setengah gaji

Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved