Penjawat awam direman disyaki terima rasuah bawa masuk bahan terlarang ke penjara

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 6:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penjawat awam direman disyaki terima rasuah bawa masuk bahan terlarang ke penjara
Penjawat awam direman 3 hari kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan - Foto: SPRM Pahang.

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 30 Julai terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan pada Selasa.

Menurut sumber, suspek yang berkhidmat di sebuah penjara di Bentong dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM4,500 daripada ahli keluarga beberapa banduan sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang untuk kegunaan banduan terbabit.

Siasatan awal mendapati wang rasuah itu dimasukkan ke dalam akaun bank milik suspek antara Januari hingga Mac lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved