Penjawat awam terima rasuah RM4,500 bawa masuk bahan terlarang dalam penjara

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 9:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penjawat awam terima rasuah RM4,500 bawa masuk bahan terlarang dalam penjara

PETALING JAYA : Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara bagi kegunaan banduan.

Penahanan lelaki yang berkhidmat di sebuah penjara di Bentong dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM4,500 daripada ahli keluarga beberapa banduan untuk membawa masuk bahan terlarang bagi kegunaan banduan yang terlibat.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati, wang rasuah itu dimasukan ke dalam akaun bank milik suspek antara Januari hingga Mac 2026.

“Susulan itu, perintab reman selama tiga hari sehingga 30 Julai ini dikeluarkan terhadap suspek berusia lingkungan 40-an oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan, pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.-UTUSAN

The post Penjawat awam terima rasuah RM4,500 bawa masuk bahan terlarang dalam penjara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved