
SEPANG: Seorang penjawat awam ditahan selepas dipercayai membawa masuk seorang wanita warga asing ke Malaysia tanpa pas perjalanan yang sah, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, individu itu ditahan di kaunter imigresen di Balai Ketibaan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), baru-baru ini.
Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang bertugas di kaunter Imigresen terminal berkenaan.
“Kami menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.18 pagi 17 November lalu.
“Sasatan terhadap penjawat awam itu dijalankan mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, wanita warga asing itu pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.-UTUSAN
The post Penjawat awam ditahan bawa masuk wanita warga asing tanpa dokumen sah appeared first on Utusan Malaysia.






