Penjawat awam ditahan cuba bawa masuk wanita asing di KLIA

20 Nov 2026 • 2:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penjawat awam ditahan cuba bawa masuk wanita asing di KLIA

Seorang penjawat awam berusia 40 tahun ditahan AKPS kerana disyaki cuba membawa masuk wanita warga asing tanpa pas sah di KLIA Terminal 2.

PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki cuba membawa masuk wanita warga asing secara tidak sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan lelaki berusia 40 tahun itu pada 1.18 pagi oleh pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

“Suspek ditahan kerana cuba membawa masuk wanita berusia 38 tahun itu ke Malaysia tanpa pas perjalanan yang sah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan ke atas lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Siasatan terhadap wanita itu pula dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved