
PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki cuba membawa masuk wanita warga asing secara tidak sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan lelaki berusia 40 tahun itu pada 1.18 pagi oleh pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
“Suspek ditahan kerana cuba membawa masuk wanita berusia 38 tahun itu ke Malaysia tanpa pas perjalanan yang sah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Penjawat Awam Dilarang Buat Sebarang Bentuk Pernyataan Awam
Terengganu Umum Bonus Penjawat Awam Negeri RM1,500
12 Penjawat Awam Daripada Setiap Agensi Disasar Dilatih Ilmu Pertahanan Awam
Beliau berkata siasatan ke atas lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Siasatan terhadap wanita itu pula dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.






