NILAI – [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah unit kediaman kakitangan kerajaan berhampiran Jalan Kuarters KLIA di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 8.30 malam.
“Maklumat awal yang kami terima seorang wanita berusia 35 tahun yang juga kakitangan kerajaan dipercayai telah dibunuh suaminya.
"Suspek telah pun menyerah diri di balai polis selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
**media[3679558]**
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan pada Jumaat.
Terdahulu, seorang lelaki yang dipercayai suspek dibawa polis masuk ke kediaman lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan bergari sebelum dilihat keluar kira-kira 20 minit kemudian.
**media[3679556]**
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar, di Seremban untuk tindakan lanjut.






