Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami

16 Oct 2026 • 9:22 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.  

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.  

“Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.  

Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Alzafny berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved