Keluarga seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Norhazwani Ibrahim, 35, sukar menerima berita kematiannya selepas mangsa dipercayai dibunuh suaminya di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KLIA pada malam Khamis memetik Sinar Harian.
Abang sulung mangsa, Amran Ibrahim, 59, berkata keluarganya menerima berita berkenaan sekitar jam 7.30 malam sebelum mendapat pengesahan daripada pihak polis bahawa adiknya telah meninggal dunia akibat ditikam.
Advertisement
“Sebagai orang Islam, keluarga menerima kematian arwah, tapi tak sangka caranya begini.”
Abang Pada Mulanya Tidak Percaya Berita Kematian
Menurut Amran, dia pada awalnya sukar mempercayai berita yang diterima sebelum segera menghubungi pihak polis untuk mendapatkan kepastian.
“Saya pada mulanya tidak percaya dan segera hubungi balai polis yang mengesahkan adik saya telah mati ditikam.”
Katanya, Norhazwani merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik dan seorang yang ceria serta jarang berkongsi masalah peribadinya dengan keluarga.
Mangsa Dalam Proses Perceraian Dengan Suami
Bagaimanapun, Amran berkata keluarga mengetahui mangsa sedang berdepan masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian dengan suaminya.
BERNAMA “Kami tahu dia ada masalah dengan suami, tapi dia tak pernah bercerita secara terperinci kepada saya, sebaliknya lebih banyak berkongsi dengan adik lelaki saya yang lain.”
Menurutnya, suami mangsa juga baru beberapa hari keluar dari penjara atas kesalahan berkaitan dadah.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan dua anak berusia lima dan enam tahun.
Kedua-dua anak mereka kini dijaga oleh seorang lagi adik perempuan Amran di Kelantan.
Sehari Sebelum Kejadian, Mereka Dilihat Biasa
Amran berkata, sehari sebelum kejadian, seorang adik lelaki mereka yang tinggal di Kelantan sempat bermalam di rumah Norhazwani.
Katanya, ketika itu mangsa dan suaminya dilihat berada dalam keadaan biasa, malah adiknya sempat menasihati pasangan berkenaan supaya menjaga hubungan dan tidak bergaduh.
Keluarga Serah Kepada Polis
Mengulas kejadian itu, Amran berkata keluarganya berasa amat sedih dan kesal, namun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya.
Sinar Harian “Kami terlalu sedih atas apa yang berlaku, sebab dia adik bongsu kami. Memang rasa geram, tetapi kami serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.”
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk tindakan lanjut.
Menurut Amran, bedah siasat dijadualkan dilakukan pada Sabtu pagi sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman di Kelantan untuk dikebumikan.
Polis Siasat Kes Mengikut Seksyen 302
Terdahulu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat sekitar jam 8.30 malam.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang rakan sekerja mangsa yang enggan dikenali turut meluahkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut.
“Kami pun tak tahu masalah arwah dengan suaminya kerana di tempat kerja dia biasa saja.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pemimpin Kanan Parti Politik Ditahan Khalwat Bersama Wanita Di Petaling Jaya
The post “Suami Baru Keluar Penjara Kerana Dadah, Tidak Bekerja” – Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibun*h Dalam Proses Cerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





