Penjual buah maut lori balak rempuh gerai tepi jalan

15 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Penjual buah maut lori balak rempuh gerai tepi jalan

SANDAKAN: Seorang penjual buah-buahan tepi jalan terbunuh selepas gerainya dirempuh lori kayu balak di Jalan Labuk, Batu 27, di sini, pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, wanita berusia 50 tahun tersebut disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Ulu Dusun selepas dibawa ke pusat kesihatan berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta itu juga menyebabkan seorang wanita berusia 31 tahun cedera parah selepas tersepit di dalam sebuah lori kargo 10 tan.

Tiga lagi mangsa termasuk kedua-dua pemandu lori dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menumpang lori kargo tersebut dilaporkan tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, mangsa yang berniaga di tepi jalan dibawa ke Klinik Kesihatan Ulu Dusun selepas mengalami kecederaan dalam kemalangan berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

“Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam sementara pekerja mengalihkan muatan kayu balak yang bertaburan di atas jalan raya, sebelum lalu lintas dibuka semula.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved