[VIDEO] Lori lawan arus rempuh 10 kereta, seorang parah

LocalCars
9 Oct 2026 • 6:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Lori lawan arus rempuh 10 kereta, seorang parah

SHAH ALAM – Empat individu cedera termasuk seorang parah selepas sebuah lori 10 tan yang dipandu melawan arus merempuh 10 buah kenderaan di lampu isyarat Alam Budiman, Jalan Mokhtar Dahari, Seksyen U10, di sini hari ini.

Kesemua mangsa yang cedera terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi video berdurasi 26 saat yang memaparkan lori tersebut merempuh deretan kereta di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 4.31 petang.

Image from: [VIDEO] Lori lawan arus rempuh 10 kereta, seorang parah
Keadaan kereta yang rosak akibat rempuhan lori yang melawan arus di lampu isyarat Alam Budiman, Jalan Mokhtar Dahari, Seksyen U10, hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi pada pukul 4.47 petang, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan 10 buah kereta dan sebuah lori 10 tan.

“Terdapat empat mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati seorang mangsa cedera parah di kepala, manakala tiga lagi mengalami kecederaan termasuk di perut,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

The post [VIDEO] Lori lawan arus rempuh 10 kereta, seorang parah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved