Penjual ikan mengaku ugut pemuda dengan pisau di stesen minyak

13 Aug 2026 • 2:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penjual ikan mengaku ugut pemuda dengan pisau di stesen minyak

KUALA TERENGGANU: Seorang penjual ikan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan mengejar seorang lelaki sambil memegang pisau pemotong daging di sebuah stesen minyak di sini, Ahad lalu.

Zawawi Zahid, 55, membuat pengakuan itu sejurus selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki dengan mengejarnya sambil memegang sebilah pisau pemotong daging, kira-kira pukul 4.30 petang di sebuah stesen minyak di Pasir Panjang, pada 9 Ogos lalu.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan berasingan, Zawawi turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam badannya.

Kesalahan itu didakwa didakwa kira-kira pukul 9.30 malam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000 bagi setiap kes dengan dua penjamin selain turut menambah syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi sepanjang pendakwaan. 

Mahkamah menetapkan 27 Ogos ini untuk sebutan fakta kes dan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan. – UTUSAN

The post Penjual ikan mengaku ugut pemuda dengan pisau di stesen minyak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved