Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Berfungsi Seperti Biasa, Pastikan Tadbir Urus Teratur - Tuanku Muhriz

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 11:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Berfungsi Seperti Biasa, Pastikan Tadbir Urus Teratur - Tuanku Muhriz

SEREMBAN, 23 April (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pentadbiran kerajaan negeri wajar diteruskan dan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kelangsungan tadbir urus negeri berjalan dengan teratur serta memelihara kepentingan rakyat.

Tuanku Muhriz bertitah walaupun dengan ketidakhadiran pembesar negeri yang lazimnya mengiringi baginda pada setiap perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), keadaan itu tidak menjejaskan keabsahan mahupun kelancaran persidangan berkenaan.

Baca juga:

“Beta berdoa kepada Allah SWT supaya negeri dan rakyat beta terus diberikan kesejahteraan dan hidup dalam suasana harmoni melalui kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun bersama barisan exco kerajaan negeri.

“Beta berasa amat bersyukur kerana kerjasama kukuh dalam kerajaan beta terus menunjukkan prestasi yang amat cemerlang pada tahun lepas,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Ke-15 di sini hari ini.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, bagaimanapun tidak hadir ke persidangan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved