Penuh Kesan Cakaran, Rakan Baik Kongsi Wajah Terbaharu Cik Epal Lepas Diserang - “Masa Dapat Gambar Ni, Serious Berderau Tengok…”

29 Apr 2025 • 12:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial Ashhryyyyyy berkongsi wajah terbaharu sahabat baiknya, Cik Epal selepas didakwa diserang oleh isteri bekas suaminya, Dewi.
 

Penuh kesan cakar dan luka di kelopak mata

image is not available


Menurut Ashhryyyyyy atau lebih mesra dengan panggilan Ash akui terkejut selepas menerima foto Cik Epal.



Foto tersebut jelas menunjukkan kesan cakar pada bahagian wajahnya selain kecederaan di kelopak mata akibat dicakar.



“Ramai minta gambar ©cikepal06 pula! Jadi kita comparekan kononnya kronologinya dengan perbuatannya,” tulisnya menerusi Insta Story.



Malah, Ash juga turut meluahkan rasa bimbang dan berharap tiada kecederaan serius pada wajah Cik Epal.

“Masa dapat gambar ni serious berderau tengok aku berdoa tak ada apa apa serious dekat muka or mata dia,” kongsinya.


Terdahulu, Terdahulu, Cik Epal sebelum ini telah berkongsi video dari perspektifnya sendiri, mendakwa dirinya dicakar sehingga mengalami kecederaan di bahagian mata ketika insiden di rumah tersebut.



Tidak berdiam diri, bekas suaminya, Jofliam memuat naik sebuah video baru di media sosial,


memperlihatkan suasana tegang di rumahnya yang melibatkan Cik Epal dan isteri baharunya, Dewi.



Setakat ini, kedua-dua pihak dilihat saling berkongsi bukti masing-masing di media sosial, dan situasi ini dijangka terus menjadi perhatian ramai dalam masa terdekat