Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Momen indah dan jarang berlaku di Tanah Suci Mekah mencuri perhatian orang ramai apabila Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, dilihat menikmati suasana hujan lebat serta angin kencang di dataran Masjidil Haram.
Momen berkenaan dikongsikan menerusi sebuah hantaran video di Instagram Story rasmi Kesultanan Pahang ketika baginda kini berada di Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Artikel berkaitan: Polis Rakam Percakapan Wanita Dakwa Bakal Berkahwin Dengan Tengku Hassanal
Artikel berkaitan: Istana Pahang Nafi Dakwaan Tengku Hassanal Bakal Berkahwin April Tahun Depan
Ceria Momen ‘Main Hujan’ Semasa Tunai Umrah
Menerusi perkongsian video berdurasi 30 saat itu, Tengku Hassanal dilihat tampil ringkas berbusana santai baju-T putih sambil berdiri di perkarangan luar Masjidil Haram.
View this post on Instagram
Suasana yang pada mulanya tenang bertukar riuh dan ceria apabila tiupan angin kencang berserta titisan hujan lebat mula melanda kawasan berkenaan.
Meskipun pakaian baginda mula basah lencun akibat disiram hujan dan ditiup angin kuat, Tengku Hassanal tetap melemparkan senyuman serta kelihatan terhibur dan gembira menikmati fenomena cuaca yang jarang-jarang berlaku di Mekah itu.
Puji Momen Mesra & ‘Humble’ Tengku Hassanal
Perkongsian tersebut pantas menjadi perhatian warganet selepas video berkenaan tular di pelbagai platform media sosial.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat gelagat baginda yang sentiasa bersikap mesra, tenang, dan bersederhana tanpa sebarang protokol ketat sepanjang berada di Tanah Suci.

Keberadaan baginda menunaikan ibadah umrah dalam suasana hujan lebat itu turut disifatkan ramai sebagai satu kenangan yang cukup indah dan penuh keberkatan.
Sumber: Instagram
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





![[VIDEO] Tengku Hassanal main hujan di Masjidil Haram](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-28-at-3.27.24-PM-1024x682.jpeg)