Penumpang Alza dicari, pukul warga emas

23 Nov 2026 • 11:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penumpang Alza dicari, pukul warga emas

PETALING JAYA – Seorang lelaki meminta bantuan orang ramai untuk mencari individu didakwa memukul bapanya selepas dikatakan terlibat dalam kemalangan di Pasir Panjang, Terengganu.

Menerusi hantaran video dikongsikan pengguna Facebook Daniel Haiqal memaparkan seorang lelaki memakai jaket dan topi hitam memegang bahu bapanya di tepi jalan ketika cuaca hujan.

Lelaki berkenaan kemudian menyiku muka bapa Daniel Haiqal menyebabkan lelaki tersebut terjatuh ke belakang.

Individu berjaket dan memakai topi hitam itu didakwa menyepak mangsa, namun tidak dapat dipastikan sama ada bapa pemuda tersebut terkena sepakan atau sebaliknya kerana pandangan dihalang sebuah kereta.

Orang ramai kemudian menenangkan lelaki tersebut sebelum dia beredar dengan menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza berwarna ungu bersama seorang lagi individu memakai baju dan bertopi warna merah.

“Ayah saya terlibat dalam kemalangan apabila keretanya dilanggar dari belakang. Selepas kejadian, ayah keluar untuk melihat keadaan kereta, namun secara tiba-tiba dipukul oleh seseorang.

“Kami sangat berharap sekiranya ada sesiapa yang melalui kawasan kejadian, mempunyai rakaman ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) atau ternampak kejadian tersebut menghubungi kami atau berkongsi maklumat.

“Kami sedang mencari bukti rakaman bagi membantu mengetahui kejadian sebenar yang berlaku. Mohon jasa baik semua untuk share (kongsi) dan tularkan. Mana tahu perkongsian anda dapat membantu kami mendapatkan rakaman yang sangat kami perlukan,” katanya.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai maklum balas pengguna Facebook yang mengecam lelaki berkenaan.

“Masuk lokap jangan nangis bro, jangan guna anak bini untuk tagih simpati pula,” kata Muhamad Amin Abu Bakar.

“Kasihan kat pak cik,” kata Azlan Lan.

“Sila ambil tindakan segera,” kata Mas Joko. – KOSMO! ONLINE

The post Penumpang Alza dicari, pukul warga emas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved