Penumpang cedera jatuh landasan, perkhidmatan LRT henti sementara operasi

3 Apr 2026 • 8:09 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan sementara selepas seorang penumpang dilaporkan tergelincir sebelum terjatuh di landasan Stesen Abdullah Hukum pada petang tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan kejadian berlaku pada pukul 6.09 petang, dan pihak operasi segera menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen terbabit bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menyelamat oleh polis, bomba dan ambulans.

“Perkhidmatan tren antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum dihentikan buat sementara. Perkhidmatan bas perantara percuma turut diaktifkan untuk menyokong operasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tersebut serta memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kelewatan perjalanan.

Dalam kenyataan berasingan, Bomba Kuala Lumpur mengesahkan kejadian membabitkan seorang wanita berusia 39 tahun, yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dan muka.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 6.38 petang, menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. –MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved