Penumpang MRT Terkandas, Ramai Terharu Budak Kecil Agih Minuman Percuma

26 Sep 2025 • 4:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial, tindakan seorang kanak-kanak perempuan membantu pengguna pengangkutan awam yang terkandas di stesen bas.

Agih minuman percuma

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok @meenimini, memperlihatkan anak kecil itu bersama ayahnya menaiki motosikal mengagihkan beberapa botol air minuman secara percuma buat mereka yang terkandas akibat servis MRT terhenti di stesen UPM dan menyebabkan gangguan bekalan eletrik.

@meenimini

and i definitely have to give it to the rapid staffs that was working hard tonight on helping to handle the situation.

♬ lovers’ carvings – Bibio

“Tengah stres tunggu bas nak balik nampak kanak-kanak kecil bersama ayahnya beri air mineral kepada mereka yang terkandas. Melihat keikhlasan keluarga ini betul-betul menyentuh hati,” kata pemilik video tersebut.

Dalam pada itu, dapat dilihat seorang wanita tersenyum gembira menerima pemberian tersebut biarpun hanya sekadar air mineral biasa.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen warganet memuji tindakan murni anak kecil itu dan meluahkan rasa bangga melihat didikan bapanya yang mengajar anak-anak untuk lebih prihatin terhadap kesusahan orang lain.

Malah ada juga yang mendoakan agar keluarga itu sentisa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidup.

Moga Allah rahmati keluarga ini

image is not available

Membesar dengan orang baik

image is not available

Rezeki berlipat ganda

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 162,000 tontonan dan menerima lebih 35,000 tanda suka.

Sumber: TikTok meenimini