Penumpang Pitam, Terjatuh Ke Landasan Di Stesen LRT Wangsa Maju

22 Sep 2026 • 9:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penumpang Pitam, Terjatuh Ke Landasan Di Stesen LRT Wangsa Maju

Seorang penumpang dipercayai pitam sebelum terjatuh ke atas landasan di Stesen LRT Wangsa Maju pada jam 6.52 pagi tadi.

Rapid KL menerusi satu kenyataan mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) telah diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan diputuskan sementara sebagai langkah keselamatan.

Susulan itu, perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya mengalami sedikit kelewatan.

Baca juga:

"Penumpang terlibat kemudiannya berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan oleh petugas stesen dan dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan awal.

"Penumpang yang berasa kurang sihat atau memerlukan pertolongan di stesen atau platform disarankan untuk mendapatkan bantuan dari Polis bantuan atau petugas stesen," kata Rapid KL.

Tambahnya, penumpang juga dinasihatkan agar sentiasa berada di belakang garisan kuning ketika berada di platform sebagai langkah keselamatan semasa menunggu tren.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved