Lelaki maut tersepit dalam mesin penghancur kertas

28 Oct 2026 • 9:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki maut tersepit dalam mesin penghancur kertas

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin penghancur kertas di sebuah kilang kertas di Kawasan Perindustrian Bentong di sini malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Azmi Mahmod berkata, polis menerima maklumat kira-kira pukul 11.56 malam semalam mengenai seorang mangsa, Muhamad Saifulnizam Miskam,32, yang dilaporkan tersepit di dalam mesin kilang dan tidak sedarkan diri.

“Sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut dan mangsa disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Bentong untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurut Azmi kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sewajarnya,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

The post Lelaki maut tersepit dalam mesin penghancur kertas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved