Penunggang motosikal maut tersepit bawah jengkaut

21 May 2026 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut tersepit bawah jengkaut
Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah jengkaut dalam kemalangan. Foto JBPM

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah jengkaut dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan menghala ke simpang empat kilang gula dari arah Shah Alam, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam. 

"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15 ditunggang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai melanggar sebuah jengkaut dari belakang.

"Mangsa yang tersepit di bawah jengkaut disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis. 

Beliau berkata operasi melibatkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dengan sebuah jentera FRT Sitrak. - Bernama