Penunggang motosikal rentung rempuh pacuan empat roda di LPT2

25 Oct 2026 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal rentung rempuh pacuan empat roda di LPT2
Keadaan motosikal jenis Honda C100 yang musnah terbakar selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 399.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Bukit Besi - Ajil pada Ahad.
Image from: Penunggang motosikal rentung rempuh pacuan empat roda di LPT2
Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux mengalami kerosakan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 399.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Bukit Besi - Ajil pada Ahad.
Image from: Penunggang motosikal rentung rempuh pacuan empat roda di LPT2
Keadaan di Kilometer 399.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Bukit Besi - Ajil yang mengorbankan seorang penunggang motosikal pada Ahad.

HULU TERENGGANU – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbakar akibat merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 399.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Bukit Besi ke Ajil di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.53 tengah hari itu, mangsa, Wan Amir Faiz Jamal Paisal, 20, dari Kampung Hutan Kuin, Machang, Kelantan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terbakar bersama motosikal jenis Honda C100 yang ditungganginya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu wanita berusia 37 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 45 tahun sedang dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menuju ke Felda Aring, Gua Musang, Kelantan.

**media[3689127]**

“Pemandu dan penumpang kenderaan itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program Event Enjoy Oktober di Kuantan bersama konvoi 10 motosikal.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan tersebut berhenti di lorong kecemasan kerana salah sebuah motosikal dalam konvoi berkenaan mengalami kerosakan.

“Bagaimanapun, ketika mahu memulakan semula perjalanan, motosikal mangsa yang datang dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda terbabit sebelum terbakar,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

**media[3689128]**

Menurut beliau, rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang Toyota Hilux berkenaan terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved