Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui terdapat kenderaan yang dikhaskan untuk membawa barangan berat seperti kenderaan utiliti, lori dan sebagainya.
Seseorang pemandu yang membawa barangan berat menggunakan kenderaan yang tidak bersesuaian boleh dikenakan tindakan undang-undang selain turut membahayakan keselamatan pengguna lain.
Lelaki tegur tindakan warga asing guna motosikal roda tiga bawa barang lebih muatan
Baru-baru ini seorang lelaki telah bertindak menegur tindakan seorang penunggang motosikal roda tiga kerana membawa barangan elektrik lebih muatan yang dilihat boleh membahayakan keselamatan orang lain.
Menerusi video dikongsikan oleh @ayatcerita di Threads, awalnya kelihatan individu yang merakam video tersebut menaiki motosikal telah berhenti berdekatan motosikal roda tiga yang dipandu oleh seorang lelaki warga asing.
Dipercayai bawa peti ais dan didakwa hampir terjatuh kena penunggan motosikal lain
Turut kelihatan warga asing itu membawa barangan elektrik dipercayai peti ais yang diletakkan di bahagian tempat letak barang di sebelah kirinya.
Perakam kemudian menegur warga asing itu dengan mengatakan tindakannya membawa peti ais yang besar itu menggunakan motosikal roda tiga adalah bahaya.
Malah perakam juga mengatakan sekiranya peti ais tersebut terjatuh ia boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna lain.
Lelaki dipercayai warga Bangladesh dakwa ada individu minta bantuan untuk hantarkan
Warga asing itu lalu menjawab ada individu yang meminta pertolongannya untuk membawa barangan elektronik tersebut.
Perakam lalu bertanya mengapa dia tidak menggunakan lori untuk membawa peti tersebut. Lelaki yang dipercayai warga Bangladesh itu kemudian mengatakan ia sukar untuk disewa.
“Tadi saya lalu sebelah, awak lalu bongol itu (barang) macam nak jatuh dekat saya tau. Bahaya. Saya tak kena tak apa, kalau orang lain kena?” kata perakam itu.
Mohon maaf dan dakwa jarak dihantar dekat
Lelaki warga asing itu lalu memohon maaf kepada perakam dan mengatakan jarak dia menghantar peti tersebut adalah dekat.
Perakam turut menyifatkan peti ais terbabit dilihat seperti sudah terangkat dan hampir menghimpapnya.
Ramai puji tindakan perakam tegur warga asing dan minta pihak berkuasa ambil tindakan
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan perakam kerana bertindak menegur tindakan bahaya warga asing itu.
Tidak kurang juga ada yang meminta pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu.
Ada juga yang mendakwa di kawasan tempat tinggal mereka terdapat warga asing turut menawarkan perkhidmatan pindah rumah dengan menggunakan motosikal roda tiga.
Tidak kurang ada pengguna menjelaskan tindakan di bawah Kaedah 20, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, pemandu atau penunggang mestilah menggunakan kenderaan bersesuaian dengan jenis barangan yang dibawa.
Jelas pengguna itu lagi sekiranya muatan besi itu panjang, terjulur keluar, terlalu berat atau tidak diikat dengan selamat sehingga membahayakan orang lain, individu itu boleh dikenakan saman kompaun sehingga RM300 dan potongan 10 mata demerit.
Sebagai info, mana-mana kenderaan yang digunakan untuk melakukan perkhidmatan pengangkutan membawa barangan ia perlulah mendapatakan permit sah daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Manakala bagi kenderaan untuk membawa barangan milik pihak ketiga untuk tujuan sewa atau upah pula tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan.
“Takut minta maaf sekarang, nanti buat lagi”
![Image from: “Ini Sangat Bahaya”- Lelaki Tegur Warga Asing Guna Motosikal Roda Tiga Untuk Bawa Peti Ais [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/bawa-barangan-guna-motosikal-roda-tiga-1.jpg)
“Ni satu lagi, kalau kemalangan habis rakyat Malaysia nak buat tuntutan.”
![Image from: “Ini Sangat Bahaya”- Lelaki Tegur Warga Asing Guna Motosikal Roda Tiga Untuk Bawa Peti Ais [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/bawa-barangan-guna-motosikal-roda-tiga-2.jpg)
“Mantap bro teruskan”
![Image from: “Ini Sangat Bahaya”- Lelaki Tegur Warga Asing Guna Motosikal Roda Tiga Untuk Bawa Peti Ais [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/bawa-barangan-guna-motosikal-roda-tiga-3.jpg)
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Elak Kekeliruan, MOT Keluarkan Garis Panduan Bagi Kenderaan D-Kontrol & Pikap






