
KAJANG – Tindakan seorang penunggang motosikal yang dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap sebuah kenderaan di Plaza Tol Kajang, Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) menghala ke selatan, mengundang padah apabila dia berjaya diberkas polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi kira-kira satu minit 26 saat di media sosial yang memaparkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 petang dan pihak polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.
Memetik laporan Sinar Harian, kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan sebelah kiri selepas disyaki ditendang oleh suspek.
“Kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan sebelah kiri selepas disyaki ditendang oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Suspek Ditahan Kurang 24 Jam
Naazron memaklumkan, susulan laporan yang diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun di sekitar Kajang pada petang Isnin bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa, mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas selain memandu secara berhemah demi keselamatan bersama. – The Malaysian Update
The post Penunggang Motosikal Tendang Kereta Di Plaza Tol Kajang Ditahan Polis appeared first on The Malaysian Update.






