Penunggang motosikal terlibat kemalangan BYD Seal masih dirawat, mangsa stabil

15 Oct 2026 • 7:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penunggang motosikal terlibat kemalangan BYD Seal masih dirawat, mangsa stabil

PETALING JAYA: Penunggang motosikal yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta elektrik (EV) BYD Seal masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan seterusnya menafikan kematian seperti dakwaan yang tular.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian.

“Orang ramai perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Hari ini, pemandu BYD Seal itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, termasuk memandu secara berbahaya.

Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga pegawai bank didakwa memandu kereta BYD Seal secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut pada pukul 3.44 petang, 10 Oktober 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu secara berbahaya di lokasi dan waktu sama mengikut Seksyen 42 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa gagal berhenti selepas terbabit kemalangan jalan raya di lokasi dan waktu sama mengikut Seksyen 52 (1) APJ 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara maksimum enam bulan. – UTUSAN

The post Penunggang motosikal terlibat kemalangan BYD Seal masih dirawat, mangsa stabil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved