Mayat bayi ditemukan di rumah sampah asrama, penuntut wanita direman empat hari

26 Jul 2026 • 1:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat bayi ditemukan di rumah sampah asrama, penuntut wanita direman empat hari
Seorang penuntut wanita sebuah institusi pendidikan direman bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi di rumah sampah sebuah blok asrama. Foto hiasan

KUALA LANGAT - Seorang penuntut wanita sebuah institusi pendidikan di sini direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi di rumah sampah sebuah blok asrama.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, tempoh reman remaja itu bermula pada Sabtu.

"Siasatan masih dijalankan berhubung kes penemuan mayat bayi itu.

"Reman remaja berusia belasan tahun itu dibenarkan selama empat hari bermula 25 Julai (Sabtu) hingga 28 Julai (Selasa)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pada Jumaat lalu, sebuah institusi pendidikan di Kuala Langat dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain di rumah sampah blok asrama institusi berkenaan.

Laporan diterima polis kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum membawa kepada penahanan seorang penuntut perempuan institusi berkenaan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved