Pelajar IPT direman empat hari kes jumpa mayat bayi

26 Jul 2026 • 1:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar IPT direman empat hari kes jumpa mayat bayi

KUALA LANGAT – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, direman empat hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi di rumah sampah asrama kawasan itu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, tempoh reman ke atas remaja berusia belasan tahun itu bermula semalam.

“Reman pelajar itu dibenarkan mahkamah selama empat hari bermula 25 hingga 28 Julai ini (Selasa). Siasatan lanjut kes penemuan mayat bayi perempuan berkenaan masih dijalankan,” katanya hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan.

Kosmo! semalam melaporkan IPT itu dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi dibalut kain yang ditemukan seorang lelaki, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Susulan itu, polis berjaya mengenalpasti dan menahan suspek yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar IPT direman empat hari kes jumpa mayat bayi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved