Penuntut IPTS didakwa bunuh warga emas selepas video tular

12 Aug 2026 • 4:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penuntut IPTS didakwa bunuh warga emas selepas video tular

Penuntut IPTS yang tular memandu mabuk dihadapkan tuduhan membunuh warga emas 78 tahun di Banting. Mahkamah tolak jaminan.

BANTING: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang tular kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, minggu lepas.

N. Vishwesh, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Eng Kim Kheng @ Ng Kim Swee, 78, di Kilometer 38, Jalan Klang-Banting-Port Dickson, dalam daerah Kuala Langat pada 7.20 malam 7 Ogos.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun berserta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Syafiq Yazid manakala lelaki itu diwakili peguam T. Mishant.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 1 Okt untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, tular rakaman video kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kanchong Bengkok di sini, menunjukkan seorang lelaki didakwa memandu dalam keadaan mabuk manakala seorang lagi lelaki terbaring dengan kesan darah pada bahagian kaki.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved