Penuntut kolej didakwa bunuh bayi perempuan baharu dilahirkan

LocalFamily & Parenting
7 Aug 2026 • 10:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penuntut kolej didakwa bunuh bayi perempuan baharu dilahirkan

KLUANG: Seorang penuntut sebuah kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh anaknya yang baharu dilahirkan di sebuah kediaman di sini, akhir bulan lalu.

Tertuduh, Nurshazwen Mohd. Idris yang dibawa ke mahkamah pada pukul 8.45 pagi hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Nurasidah A. Rahman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berusia 19 tahun berkenaan kerana pertuduhan melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa telah menyebabkan kematian seorang bayi perempuan yang baharu lahir di sebuah kediaman di Jalan Setia Mutiara 2/6, Taman Setia Mutiara, Kluang kira-kira pukul 10 pagi pada 29 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika tidak dihukum mati serta hendaklah dihukum dengan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,
Nik Noratini Nik Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 8 Oktober depan bagi sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dilaporkan berkata, pihaknya menemukan mayat seorang bayi perempuan baharu lahir di dalam mangkuk tandas dengan kesan tikaman di bahagian dada.-UTUSAN

The post Penuntut kolej didakwa bunuh bayi perempuan baharu dilahirkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved