
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Awal November tahun lalu, negara dikejutkan dengan berita tangkapan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat, Eda Ezrin bersama pil kuda di salah sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand.
Eda Ezrin dan suaminya bersama empat individu lain itu telah didakwa di Mahkamah Daerah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan penggunaan dadah.
Selain Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30 dan suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, empat individu lain ialah Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26.
Eda Ezrin dan 5 yang lain dibebaskan daripada tuduhan miliki dadah
Terbaharu, penyanyi lagu ‘Bae Sobar Bae’ itu bersama lima yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba.
Keputusan berkenaan dibuat oleh dua panel hakim hari ini (6 Mac) terhadap Eda Ezrin dan suaminya bersama empat individu lain selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.
Bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) setiap seorang, namun tempoh pemenjaraan itu sudah selesai dilakukan selain disebabkan semua tertuduh berkelakukan baik.
Erdeka dan Zuhaira yang turut didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dikenakan denda tambahan RM526.
Tiada bukti boleh kaitkan dadah dengan semua tertuduh
Hakim menerusi hujahan penghakiman berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan sejumlah dadah berkenaan dengan semua tertuduh.
Malah, katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut tidak menunjukkan bekalan dadah terbabit dibawa oleh mereka.
“Sebaliknya rakaman CCTV menunjukkan bekalan dadah terbabit dibawa masuk oleh tiga individu lain,” katanya dipetik Berita Harian.
Eda Ezrin & 5 individu lain masih perlu berada dalam penjara
Bagaimanapun, ketika ini Eda Ezrin dan lima yang lain masih perlu berada dalam penjara untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.
Peguam bela Eda Ezrin, Sufian Abdul Aziz berkata, ia berikutan mereka perlu menunggu sekiranya pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dibuat mahkamah.
“Untuk kesemua tiga pertuduhan sudah dianggap selesai hari ini di mana anak guam saya bebas daripada pertuduhan memiliki sejumlah pil yaba.
“Namun mereka perlu berada di penjara sekurang-kurangnya sebulan sehingga empat bulan lagi, menunggu sekiranya pihak pendakwaan mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.
“Namun jika sebulan sudah tamat, pihak pendakwaan boleh membuat rayuan pada bulan kedua. Namun kebiasaannya pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan ini,” ujar Sufian.
Jelasnya, sekiranya rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaan selepas ini memihak kepada anak guamnya, maka kes terbabit dianggap selesai sepenuhnya.
Mengaku ambil dadah tapi tak miliki
Terdahulu, kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki pil berkenaan, tetapi mengaku bersalah bagi pertuduhan menggunakan dadah di hadapan Hakim Mahkamah Daerah Narathiwat, Yuan Khao Kham.
Keenam-enam mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di bandar Sungai Golok sekitar jam 5 pagi (waktu Thailand) pada 1 November lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Lagu ‘Bae Sobar Bae’ & 5 Yang Lain Mengaku Ambil Dadah Di Thailand
Source:

![Christy Ng Restock Pantri Untuk Staf Sempena Ramadan Raih Pujian, Siap Ada Kurma! [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)
![Tular Penguat Kuasa Diserang Penjaja Bazar Ramadan, Ini Penjelasan DBKL [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)

