Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

Nampaknya, Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang memangku tugas Menteri Ekonomi, berkata data membabitkan 30.4 juta profil individu itu akan digunakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebagai rujukan bagi melaksanakan pemberian subsidi bersasar.

image is not available

"Berhubung pelaksanaan subsidi bersasar, data PADU yang akan digunakan oleh MOF bertujuan untuk jadi rujukan kepada penerima subsidi RON95.

"Dengan ini saya rasa penggunaan pertama yang betul-betul terperinci akan digunakan. Jadi kita tunggu bila RON95 diteruskan," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang mahu Kementerian Ekonomi menyatakan perancangan terhadap PADU yang dibangunkan dan berapa jumlah data dikumpul sehingga Jun lalu.